Monday, December 14, 2009

Insurans Vs Takaful

Erm.. Boringnye entry... Hahahahahaha! Tp, erm.. ni informasi yg mungkin berguna pd kawan2 yg mgkn nak apply utk satu2 polisi insurans atau takaful. Apa beza takaful dgn insurans? Ada beza ke? hahahahaha! Sy pun baru tau sminggu lepas ade beza rupanya..Time kasih kat pakcik sudi bg penerangan free selama 2 jam. Hahahaha! Wpun Takaful = Insurans (Takaful in arabic) tp membawa pengertian berbeza di Msia. Kat Msia ni kalau Takaful maksudnya Insurans berlandaskan Syariah. Mengikut kata pasar kite la.. maksudnya, insurans ni berasaskan konsep Islamik dan tidak ada riba yg di jalankan ke atasnya. Berbeza dgn insurans which originated dari Omputih yg diragui sumber kewangannya.

Ok, mari bercerita pasal insurans. Contoh kes : En.XX; berumur 25 tahun; mempunyai polisi insurans sbyk 100k dgn tempoh matang 10 tahun dgn salah sebuah kampeni insurans di Msia. Monthly = 150rm (1 rider + perlindungan diri + saving). Maka; byrla En.XX setiap bulan 150rm. Jika dikatakan En.XX ni dlm masa 3 bulan je die ditakdirkan telah tiada di dunia ini.. maka kampeni insurans die akan byr perlindungan diri die hnylah 15-20% dari nilai sebenar kerana tempoh matang nye belum cukup. Jika dia tiada di sebab kan oleh kemalangan dan secara kebetulan rider yg die bw adalah kemalangan diri bernilai 30k, maka waris die akan dpt additional 10%dari nilai rider itu dari kampeni insurans ni. Sebab musabab byrn penuh tidak diterima adalah tidak begitu pasti oleh sy kerana sy x bace sdr polisi ni.. (ckp orang kadang2 xle percaye kene bace juge) ttp mengikut sumber sy ini di katakan kerana polisi itu sdr nilai nya tidak begitu tinggi dan kaedah pembayaran sistem insurans itu sendiri. Nilai simpanan pula; wpun boleh dikeluarkan dlm masa2 tertentu setelah dibenarkan, nilainya akan susut kembali. Spt yg sy faham di sini jika nilai yg dijanjikan simpanan boleh dikeluarkan dm masa 3 tahun bernilai 1.5k, maka setelah dikeluarkan nilai simpanan menjadi kosong kembali utk tahun keempat hingga tahun ke keenam. Begitulah selanjutnya hingga tamat polisi.


En YY; umur yg sama; polisi yg sama tp dgn sebuah kampeni Takaful di Msia.Maka; byrla En.YY setiap bulan 150rm. Jika dikatakan En.YY ni dlm masa 3 bulan je die ditakdirkan telah tiada di dunia ini.. maka kampeni takaful die akan byr perlindungan diri die penuh 100k. Jika dia tiada di sebab kan oleh kemalangan dan secara kebetulan rider yg die bwa adelah kemalangan diri bernilai 30k, maka waris die akan dpt additional 30k dari kampeni takaful ni. Simpanan sy kira tidak byk berbeza dari sistem insurans; dibenarkan mengambil simpanan setelah beberapa tempoh masa dipersetujui kedua belah pihak namun tidak boleh mengeluarkan semua; hny beberapa peratus.


Beza atr kedua2 sistem ini;

1. yg obvious ttg payment mengikut jumlah perlindungan diri yg dijanjikan. takaful = full, insurans = macam tipu je? haha!
2. sistem. takaful = islam, insurans = mat saleh
3. jumlah byrn yg x setara dgn perlindungan diri yg dijanjikan. Bawala punye byk rider; kalau x bole pakai semua x gune juge.


ape2 pun.. sy rase ade baiknye sebelum sain pape pasal polisi insurans or takaful yg kite nak beli; kite mestilah bace dulu buku polisi yg die bg tuh, ape x phm sile tny direct ngan salesperson tuh... kalau die x tau jawab, payah juge la. (dinasihatkan cari kampeni lain.. hahahhaa) sebab polisi yg kite sain kite boleh batalkan atau tukar bile2 mase dlm temph seminggu dari trkh perjanjian. Itu penting sebab ape polisi yg kite bawa yg akan melindungi kite dan keluarga. Pastikan ape yg kite nak ada pada polisi misalnya medical card dan sbgnya. Dan kene tahu juga limit2 perlindungan yg kite dah beli.

Sekian review insurans sy wat masa ini.
Trima Kasih..


P/S:Kawan sy; Cik P seorang penjual insurans berjaya tp dah bersara. Tp x pastila die takaful ke x... jd, sebarang pertanyaan maybe boleh tny die.. die lagi arif kot.

Sunday, December 6, 2009

Mesti Bace.. Kereta Terbabas Dlm KB Mall

Uish.. kereta kuning ini bukan mabuk mahupun test kekebalan ye puan2 dan tuan2. Tp die terOVER reverse pastu langgar tembok kat roof top KB Mall tuh, inilah akibat nye :











sumber : http://ntvirus.wordpress.com/2009/12/06/kb-mall-runtuh/


Kjdn ni telah mengakibatkan sorang mangsa mati dan 3 lagi cedera. Takziah kepada keluarga mngsa. Dikatakan 2 orang yg berada dlm kete kunig tuh sempat melarikan diri dr tempat kejadian.

Moral : Reverse too fast?? U might regret it later...

P/s: Bangunan pun satu; wpn orang x nampak bp kali kontraktor plaster (in this case cm x plaster langsong, dah la brick nye one layer je); kalau dah jadi cmni kan payah? Safety 1st.. nih duit 1st.. Pyh la gini... Renung2kan...

Saturday, December 5, 2009

Diet Mengikut Jenis Darah

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

--------------------------------------------------------------
Sebagai tanda menyokong pertandingan pusat. kepada peserta2 yg layak.. bole la updet petua2 berkesan di blog ni.. Hahahahahahahah!

Selamat Berusahaa!!!!!!!

Friday, December 4, 2009

Tersasar Di Jalanmu dan ASK2009



Td Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) baru je bes.. Wah, menang besar ye drama Tersasar Di Jalanmu. Sy kire mestila drama nye mantap sebab malam ni almost semua kategori TDJ yg sapu bersih punya~ (pujian ikhlas dari yg x menonton.. apekan daya RTM yg siarkan, jadi x mustahil la ramai yg x tengok.. mcm msy)... Hahahahahaha! Tahniah buat Erma Fatima... Sempat juge die bg paku buah keras kat Dato Farid td.. Kalau pembace perasan la.. die ade bg line camni 'terima kasih yg x terhingga pd RTM kerana sudi menyiarkan drama sy walaupun tiada nilai komersil tp atas dasar tanggungjawab sosial RTM sudi menyiarkan drama ini..' Hahahahahahahah! Memang sempoi je Erma bahasekan TV3... hehehehehehehe! Bagos Erma, keep up the good job~

Erma memang dah terkenal dgn hasil karya yg berkualiti.. Pengarah dan pelakon yg x perlu diperkenalkan lagi. Semua orang kenal... In fact, tym kecik2 dlu sy suke tgk Erma Fatima berlakon.. Filem xyah ckp; dah byk smp x tersebut. Skang nih wpun die dah x aktif berlakon; die bizi jadi Pengarah. Sy ingat lagi Embun yg jadik kontroversi dulu sbb waktu tuh ade adegan ape ntah yg buat orang x suke. Tp; pd pendapat sy.. tu isu sampingan je sbb waktu tuh orang lebih mempersoalkan kredibiliti Erma sbg pengarah filem. Almaklum la.. waktu tu (till now pun) x ramai pengarah dari kaum Hawa kat industri seni kita ni. Dan Erma plak baru berjinak2 nak mengarah filem. (ni xtau le fakta ke auta) Hahahahahaha! Tp ape pun; sy rase pendekatan Erma dlm bidang seni ini yg harus di nilai tinggi... Drama Erma bukan sampah.. bukan cam cerita hantu mengarut macam Puaka Niang Rapik yg merapik habis... Drama dan filem Erma ade cerita... Ada nilai seninya... Wpun kurang nilai komersilnya... Ini yg patut ada pada setiap penggiat seni di Msia. Bukan memikirkan keuntungan semata2, ttp macam mana seni dan hiburan itu dpt memberikan pelajaran pd sesiapa yg menghayatinya. Sebab Erma dan pementasan Natrah jugalah; baru sy tahu siape itu Natrah (seblum nih memang xtahu...) Ini yg membezakan Erma dari pengarah2 lain dan meletakkan Erma pd kelas tersendiri, Melalui hasil karyanya.

Seterusnya membuka kelemahan TV3 sbg stesen tv paling berpengaruh di Msia. Dari TV3 menyiarkan cerita2 dari Seberang yg langsung x logik, membuang masa dan sekadar hiburan semata2... kenapa tidak d terima karya2 spt ini utk di ketengah kan?? Rugi ke?? Kalau tgk tv seberang pun mereka xde langsung tayang drama2 kite; walhal sy kira drama2 rantaian mereka tu x tengok 2 bulan pun xpe.. still boleh folow sebab cerite merapu yg amat... dan still... Rakyat Msia suke... Ade permintaan, ada siaran... Lalu yg terpalit karyawan negara sdr... Hmphhh... Nak wat mcm mane? Mungkin cerita dari seberang tuh lagik murah kot? Tuh yg blk2 pegi tayang? Namun; terima kasih juga kat RTM sebab menyiarkan cerita yg berkualiti wpun sedikit bilangan penontonnya. Mungkin slps ini peminat2 drama melayu akan beralih cenel.. hehehehe~

Ap yg nak sy sampaikan di sini; seharusnya drama2 dan filem2 yg lebih berorientasikan tanggungjawab sosial di ketengahkan.. Bukan shj utk memberikan pelajaran kpd masyarakat muda masa kini yg mungkin tidak pernah tahu bhw wujudnya situasi2 yg digambarkan dlm filem atau drama; ttp juga peringatan kepada yg tua utk meng'pass' (menurunkan) cerita2 atau pun unsur teladan spy dpt di jadikan pedoman buat generasi muda. Inilah karya yg sebenarnya. Bukan krn keseronokan semata2.. bukan rating yg menjadi nilai ukuran kualiti cerita... bukan aksi2 panas tnp ada rasional di sbaliknya... bukan juga kutipan keuntungan memberikan nilai pd cerita. Semoga drama2 dan filem2 Melayu selepas ini tidak lagi tersasar dari halatuju yg sebenar. Semoga penggiat2 seni dpt menghargai kilauan intan dari kaca tidak berharga. Semoga ramai lagi karyawan spt Erma dpt dilahirkan dari industri kita yg kecil ini.

Sekian; review industri seni tanah air dari sy. Hahahahaha!

Thursday, December 3, 2009

Motosikal Idaman 2011 - 2012




Kawasaki 250r
-------------------------------------------------

Specifications

-------------------------------------------------

Engine Type : Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, parallel twin

Displacement : 249 cc

Bore & Stroke : 62.0 x 41.2mm

Maximum Torque : 22 Nm (2.24 kgf/m) 16.2 lb-ft/9,500 rpm

Compression Ratio : 11.6:1

Carburetor : Keihin CVK30 x 2

Ignition : Digital

Transmission : 6-Speed

Final Drive : O-Ring Chain

Cooling : Liquid

Frame : Semi-double cradle, high-tensile steel

Rake/Trail : 26 degrees / 3.2 in.

Front Tire Size : 110/70-17

Rear Tire Size : 130/70-17

Wheelbase : 55.1 in.

Front Suspension / wheel travel : 37mm hydraulic telescopic fork / 4.7 in.

Rear Suspension / wheel travel : Bottom-Link Uni-Trak® with 5-way adjustable preload / 5.1 in.

Front Brake Type : Single 290mm hydraulic disc with two-piston caliper

Rear Brake : Single 220mm petal disc with two-piston caliper

Fuel Tank Capacity : 4.8 gal.

Seat Height : 30.5 in.

Dry Weight : 333 lbs. / 337 lbs. (CA-model)

Overall length : 82.1 in.

Overall width : 28.1 in.

Overall height : 43.7 in.

Color : Lime Green, Ebony, Passion Red, Candy Plasma Blue

Warranty : 12 months

Good Times™ Protection Plan : 12, 24, 36, 48 months

Price : +/- RM20k






insurans and roadtax terlampau~ source:zuraidin.blogspot



KAWASAKI er-6n

---------------------------------------------

Some riders like a fully faired sportbike, some don’t. But nearly all riders agree Kawasaki’s Ninja® 650R is a great, fun-to-ride middleweight motorcycle. The ER-6n simply leaves a little more of that torquey, rev-happy 650 twin’s innovative inner beauty out where you can see it, revealing this soulful machine’s mechanical purity of purpose. The ER-6n gets a vestigial flyscreen around its headlight / instrument pod, but for the most part the fairing of this “naked” style bike has gone bye-bye. This one’s for riders who love the feel of being in the wind — a particularly good thing if you mostly ride where the weather’s hot. Otherwise, the ER-6n packs all the hardware and handling that’s made it and its Ninja 650R brother such media darlings.

Details & Features

------------------------------------------

Quick-Revving, 649cc Parallel-Twin Engine • Liquid-cooled, DOHC, 8-valve fuel-injected twin cylinder delivers smooth, responsive performance, especially in the low to medium rpm range
• Excellent mid-range power, exceptional roll-on response and impressive passing performance make even commuter traffic enjoyable
• Silky smooth engine vibes via a 180° crankshaft-driven balancer shaft, which in turn drives the water pump
• Oil jets on the connecting rod big ends spray oil on the undersides of the pistons to aid cooling
• Lightweight plug-mounted ignition coils deliver a hot spark and save space
• Wide radiator offers plenty of cooling efficiency
• Coolant routing travels directly to the engine cases, then on to the cylinder and head through internal passages, which keeps external plumbing to a minimum
• Fine-tuned shift lever position is easy to use

Digital Fuel Injection • Fuel injection settings permit healthy bottom-end torque while letting the engine rev fast
• Sub-throttle valve equipped 38mm Keihin throttle bodies offer optimum performance and rideability
• Located behind the main throttle valves, the sub-throttles are controlled by the DFI® system ECU for a precise throttle response, similar to a constant-velocity carburetor
• Auto-fast idle system simplifies starting and helps ensure the catalyzer reaches optimum temperature quickly
• The lightweight fuel pump is mounted inside the fuel tank.

Compact Engine Design • Powerful twin-cylinder engine is the most compact in its category, which helps reduce the dimension of the entire motorcycle and allows use of a slim, minimalist frame
• Triangular setup of the crankshaft and transmission shafts makes the engine short front-to-back
• Transmission input shaft, output shaft and change drum are contained in a “cassette”-style package that allows a compact layout and eases transmission maintenance chores
• Semi-dry sump design reduces engine height
• Plated, linerless aluminum cylinders with a narrow cylinder pitch keep the engine light and slim

Cleaner Emissions • Efficient fuel injection and a three-way catalyzer inside the exhaust produce very low emissions, able to pass the stringent Euro-III emission regulations
• Utilizes a compact and light 300-cell catalyzer unit
• Under-engine muffler placement improves mass centralization and the bike’s low center of gravity
• The exhaust pipe bend and under-engine muffler arrangement contribute to the ER-6n’s attractive styling

Vibration Control • Rubber upper-rear engine mounts decrease the vibration transferred to the rider through the seat
• Handlebar is rubber-mounted to lessen vibration transmitted through the handle grips
• Rider and passenger footpegs are rubber coated to further reduce vibration

Lighter Handling Trellis Frame • Frame has all the key ER-6n elements — slim, low, lightweight and compact design that is narrow at the knees and footpegs for rider comfort and control
• The strong, high-tensile steel trellis frame not only looks lightweight, it is — rivaling that of aluminum frames
• Balanced rigidity, achieved through extensive 3D analysis, translates directly into superb handling
• The frame, rear suspension and swingarm designs flow together with an integrated line running from the steering head to the rear hub
• Short front-to-back dimensions of the engine allow for a long swingarm and a short wheelbase combination that contributes to the light and nimble handling

Rigid Swingarm • Swingarm stiffness adds balance to the frame’s rigidity — due primarily to the rubber engine mounts
• The D-shaped cross-section swingarm, stabilizer, chain adjuster design and elegant one-piece rider/passenger footpeg stays complement the ER-6n’s high-quality appearance

Suspension • Front and rear suspension settings match the frame and swingarm rigidity values for lighter, rider-friendly handling
• Shape of the 41mm fork lower ends around the axle shaft adds to the bike’s performance and high quality image

Confidence Inspiring Ergonomics • An ideal handlebar, seat and footpeg relationship results in a comfortable and natural riding position suiting a wide range of riders
• Frame narrows just aft of the fuel tank enabling a slimmer seat, making the reach to the ground even easier
• The offset single-shock rear suspension layout with the battery located beside the shock instead of beneath it allows a lower seat height as well
• Low seat height and slim overall design make it easy to plant both feet firmly on the ground when stopped
• Aluminum passenger grips are positioned and shaped for easy grabbing by the passenger

Sharp Masculine Styling • Angular, stacked dual headlight and shroud contribute to the ER-6n’s masculine image and features two-position lights
• Headlights can be adjusted behind the headlight cover
• Reinforcing the ER-6n’s masculine styling, the sharp, edgy radiator shrouds feature integrated front turn signals with clear lenses and orange bulbs and forward-leaning lines
• A flush-surface fuel cap and its sharp-edged motif give the tank a distinctive look
• The ER-6n’s compact front-to-rear appearance is enhanced by the short front cowl, short rear cowl with its LED tail light and shrouds that start behind the front fork
• Finishing out the bike’s aggressive image is a sharp tail cowl design featuring a slimmer rear mud flap and turn signals that can also function as hazard lights
• A long front fender keeps the water splashing to a minimum and its two-tone design matches the ER-6n’s light, compact theme
• An inner rear fender helps keep the underside of the tail cowl clean
• Storage options include four tie-down hooks for baggage or a spare helmet to be secured to the seat and a storage space under the seat with room for a U-lock or similar device

Mirrors • Mirror design is a similar supersport style and offers an unparalleled rear view

Brakes • Dual 300mm front petal disc brakes with twin 27mm piston front brake calipers and a single 220mm rear petal disc deliver plenty of braking power
• Housed in a curved brake master cylinder reservoir , the front brake lever utilizes an optimized ball-joint and pivot location to deliver smooth actuation of its 14mm master cylinder piston

Wheels • Attractive six-spoke supersport-style wheels augment the bike’s light look while reducing unsprung weight

Instruments/Controls • Stacked instrument cluster has a sharp design and clean layout with an analog speedometer that uses white LED backlights for excellent visibility at night
• The multi-function LCD screen has amber backlighting and its features include a fuel gauge, bar-style digital tachometer, clock, odometer and dual trip meters
• Inner cover inside the front cowl provides a clean appearance in this area
• Handlebar mount design and curved shapes on the brake master cylinder reservoir and clutch lever contribute further to the ER-6n’s masculine appearance




-----------------------------------------------
Specifications

-----------------------------------------------

Engine Type : Four-stroke, liquid-cooled, DOHC, four-valve per cylinder, parallel twin

Displacement : 649 cc

Bore & Stroke : 83.0 x 60.0 mm

Compression Ratio : 11.3:1

Cooling : Liquid

Fuel Injection : Digital fuel injection with two 38mm Keihin throttle bodies

Ignition : Digital CDI

Transmission : Six-speed

Final Drive : O-Ring Chain

Frame : Semi-double cradle, high-tensile steel

Rake/Trail : 24.5 degrees/4.0 in.

Front Tire Size : 120/70-17

Rear Tire Size : 160/60-17

Wheelbase : 55.3 in.

Front Suspension / Wheel Travel : 41mm hydraulic telescopic fork / 4.7 in.

Rear Suspension / Wheel Travel : Single offset laydown shock with adjustable spring preload / 4.9 in.

Front Brake Type : Dual 300mm Petal Disc with 2-Piston Caliper

Rear Brake Type : Single 220mm Petal Disc with hydraulic caliper

Fuel Tank Capacity : 4.1 gal.

Seat Height : 29.7 in.

Curb Weight : 441.0 lbs.

Overall Length : 82.7 in.

Overall Width : 29.9 in.

Overall Height : 43.3 in.

Color : Metallic Flat Spark Black

Warranty : 12 months

Good Times™ Protection Plan : 12, 24, 36 or 48 months

Price : +/- RM 30k







KERETA IDAMAN 2010
---------------------------------------------

Proton SAGA (BLM)

N-Line
BLM 1.3 MT (solid) RM 31,500.80

B-Line
BLM 1.3 MT (solid) RM 34,548.00
BLM 1.3 MT (metallic) RM 34,998.00
BLM 1.3 AT (solid) RM 37,548.00
BLM 1.3 AT (metallic) RM 37,998.00

M-Line
BLM 1.3 MT (solid) RM 37,048.00
BLM 1.3 MT (metallic) RM 37,498.00
BLM 1.3 AT (solid) RM 39,548.00
BLM 1.3 AT (metallic) RM 39,998.00


--------------------------------------------

hahahahaha! erm, tp rase yg er-6n tuh cam xle beli sebab lesen B2 je... lagik pun mahal nye mak ekh.... tp smart gile sbb naked.. nape la 250 x wat naked? mesti lagik best... easy handling... mule2 pakai 250r la kan.. dah terer n kaye; pakai besar cket.. harapan~

kete, saga blm ok.. wpun spt biase suspensio proton memang xle lawan kete import. kalau laju cket je, dok belakang mesti rase kene lambung. tp sgt ok utk sedan msia. xkan nak compare ngan honda city kot?? memang jauh la.. xyah honda city.. kia pun proton xle lawan bab suspension. over all; ok la utk kete bujang. (bajet dah kawin xnak pakai proton??)

nape nak bli moto kuase2?? hehehehe.. senang je jawapannye
kete leh mekap kasik cantik; pasang spoiler, skirting depan blkg tgh tepi, abis solek la... cantik! puas ati.. hahahaha! kat hiway ble folow belakang ferrari.. (ferrari pun bagus mematuhi had laju kebangsaan) nak bawak laju mane ade kete kat dpn (tunjuk hero la bwk laju2.. sekali jem tgk ade la selang 2 kete je.. hahahhahaha), nak layan corner? kat mane pun? kat jalan kg ke?

kalau moto, free ride.. x mungkin la solek legend 110cc bile jadik kawa 250r kan? hahahhaha! laju2 bole laju... cilok kiri kanan tepi blkg depan, layan corner, kat hiway free nak bawak laju mane (kalau jalan x jem, kalau jem nak menyelit satu hal.. body besar), moto best, bawa sorang.. seronoook~ (ye ke? ari tuh try moto mmbe ade clutch memang sronok gak bwk.. cam bwk kete ade clutch.. ade power)
keburukan : mentenen tinggi, minyak makan ati, byr sparuh mati. plg buruk : xde bumbung...huaaaaaa!!! kalau ujan abis laa...


ok, sekian review permotoran sy.

Wednesday, November 25, 2009

Kisah Nadra




Sempena dgn hari persembahan TEATER NATRAH yg akan berlangsung pd minggu depan... Maka, tibe2 je sy sembangat nak review ttg seorang insan bernama Natrah ni.. (to be truth; sy x pernah tau sape itu Nadra dan kenapa orang beria2 nak wat teater psl dia.. Hehehe.. Bute sejarah!!.. Now dat I know; I want to share them with you) Name betul die Nadra Maarof atau nama Belanda nya Bertha Hertogh (1937 – 2009). Berketurunan Belanda ttp lahir di Tjimahi, Jawa Indonesia; beliau telah berjaya menarik perhatian dunia pd tahun 1950 an dgn kes perebutan hak penjagaan ke atas beliau yg sewaktu itu dlm jagaan Che Aminah. Che Aminah adalah seorang bangsawan Melayu yg kerjaya nya adalah ahli perniagaan yg telah di amanahkan oleh ibu Nadra sdr utk menjaga beliau sewaktu pendudukan Jepun di rantau Asia Tenggara. Che Aminah mmpunyai surat kuasa yg ditandatangani sdr oleh ibu Nadra yg mengatakan Nadra telah diberikan kepada Che Aminah utk di bela tnp pengetahuan bp beliau; seorang tentera Belanda kerana pd waktu itu telah ditangkap oleh Jepun.

Maka; bermula lah episode hidup Nadra sbg gadis Belanda yg mengamalkan cara hidup Melayu ttp berketurunan Belanda. Oleh kerana Jepun telah berjaya menduduki Jawa; che Aminah membawa Nadra pulang ke Terengganu dan menjalani kehidupan sehinggalah usia beliau 13 tahun. Sewaktu dia diserahkan kpd Che Aminah; umurnya baru 5 tahun. Jadi hiduplah Nadra spt budak melayu Muslim yg lain; belajar mengaji, solat dan sbgnya. Ttp; hidup bahagia Che Aminah dan Nadra tidak selamanya; pd suatu hari pd tahun 1950; Nadra dan ibu angkatnya telah d tipu utk dtg ke Singapura; wlhal mereka tidak mengetahui pd waktu itu ibu bapa Nadra telah memfailkan tuntutan hak ke atas Nadra di Mahkamah Tinggi Singapura. Maka bermulalah lembaran baru dlm hidup anak gadis yg tidak bersalah ini dlm perbicaraan yg amat menyedihkan.

Ibu Nadra; Adeline dan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh telah dtg ke Singapura demi memfailkan saman utk mendapatkan semula hak penjagaa ke atas Nadra. Bermula lah episod malang dlm hidup Nadra. Kanak-kanak ini sepatutnya dpt membesar dgn sihat dan gembira jika terus bersama ibu angkatnya Che Aminah. Sy berpendapat begini bukan atas alasan sy sebangsa dgn Che Aminah; ttp atas hakikat Nadra sdr tidak mahu pulang ke pangkuan ibu bapanya yg telah 8 tahun meninggalkannya dan juga atas alasan keluarga Hertogh sdr bukan dari orang yg berkemampuan utk membela Nadra dgn baik. Ttp; naluri seorang ibu tidak dpt ditolak.. yg menjaga dlm kandungan 9 bulan , melahirkan dgn penuh kesengsaraan dan juga sempat membesarkan Nadra selama 5 tahun wpun serba kekurangan. Jika dibandingkan status keluarga Hertogh dengan Che Aminah pd waktu itu; sememangnya jauh berbeza kerana Che Aminah adalah dari golongan bangsawan.. lebih dari berkemampuan utk membela Nadra dgn sempurna manakala keluarga Hertogh hnylah askar berpangkat Srjn kepada tentera Belanda.

Namun; apakan daya... Perbicaraan pertama Nadra telah berjaya dimenangi oleh Che Aminah dlm mahkamah rayuan. Namun; kita ditindas atas kebodohan kita sdr. Pada waktu itu; undang2 tanah melayu masih lagi belum semantap hari ini dan pd waktu itu; Mahkamah Tinggi semuanya di kuasai oleh undang2 British.. maka.. perbicaraaan hendaklah dilakukan atas bidang kuasa undang2 British. Che Aminah yg telah menang perbicaraan dlm mahkamah rayuan merasakan yg Nadra tiak selamat jika terus berada dlm jagaannya. Maka; Che Aminah membuat keputusan menghwinkan Nadra kepada Mansor Adabi; seorang cikgu berumur 22 tahun ketika tu. Nadra; hny 13 tahun... dan sy kira itulah keputusan yg beliau sdr sesali seumur hidup (pd pandangan sy; sbb kalau sy jadi dia memang menyesal x sudah!!) Kerana keputusan itulah; fail perbicaraan Nadra di buka semula oleh kerajaan Belanda atas alasan Nadra masih di bawah umur utk berkahwin. Atr kesilapan lain adalah kerana perkahwinan itu di adakan di Singapura di mana kuasa tertinggi undang2 adalah di bawah civil law British dan juga liputan media yg meluas ttg perkahwinan itu hingga pihak Belanda berjaya menjadikan perkara ini satu isu sehingga memakan diri Che Aminah sdr.

Di sinilah kita; merasa bodoh atas kealpaan dan kelalaian sdr sehingga Nadra menjadi mangsa keadaan. Mengikut civil law pd masa itu; hny mereka yg berumur 18 tahun ke atas boleh berkahwin ttp menurut undang2 Islam seoran remaja yg berumur 13 tahun telah layak kahwin atas persetujuan walinya. Menurut undang2 Belanda pula; hny anak2 di atas umur 16 tahun boleh berkahwin. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Lalu bertembunglah perbezaan budaya, agama dan matlamat pada satu masa. Ini yg menjadikan kisah Nadra mendapat liputan luas dari seluruh dunia. Maka; setelah dibicarakan mengikut undang2 civil; Nadra telah dikembalikan kepada bapanya dan bermulalah epsod malang Nadra sbg anak gadis yg tiada pernah mendapat kebahagiaan akibat dari kealpaan insan bergelar ibu bapa/penjaga. Dr pihak ibu bapa nadrah; pasti menyesal tak berkesudahan apabila anak gadis yg disayangi membesar penuh tekanan sdgkan apa yg di harapkan ialah kasih yg lama terputus dpt terjalin kembali. Buat keluarga Che Aminah selaku penjaga Nadra sepanjang 8 tahun di bumi Malaya ini juga pasti terkilan yg amat sgt atas kealpaan diri maka permata yg di sayangi di rampas kembali oleh pemiliknya. Begitulah kesudahannya... Kasihan Nadra! Dia yg di rebut di mata dunia mengharungi hari dewasanya dgn penuh tekanan; berkahwin kembali di umur 18 tahun hny utk melepaskan diri dr kawalan ketat mrk yg tidak berperasaan, di biarkan menjadi tukang sapu sampah pd umur pertengahan dan ad sumber yg mengatakan dia juga kurang siuman sewaktu meniti hari2 dewasa nya. Sedih! Mugkin ini tdk berlaku jika Nadra di benarkan membuat keputusan sdr di awal usia 13 tahun itu. Namun; itulah kesalan yg tidak berkesudahan...... Sehingga ke akhir usia nya...

Konflik yg berlaku atr Muslim dan Kristian pd ketika itu juga akibat dr propaganda surat khabar yg Straits Times pd masa itu yg menjadikan gambar Nadra sbg caption story surat khabar mereka. Gambar Nadra bersama rahib di dalam gereja telah meniup api kemarahan umat Islam di Singapura, Malaya dan Indonesia sehingga terjadinya tragedi Nadra. Sehingga ad nyawa yg terkorban... kerana fitnah!!! Dan sekali lagi; kerna tragedi ini umat Islam di label sbg pelampau agama walhalnya adalah wajib bg mereka utk menyelamatkan akidah seseorang yg telah di asuh sbg seorang Muslim. Dan dari sini lah bagaimana Malaya sedar utk memperkuatkan undang2 syariah setaraf undang2 civil spy kedua2nya dpt di bicarakan secara lebih adil dan saksama.

9 Julai 2009 adalah hari terakhir Nadra sbg seorang insan di dunia ini. Byk kepayahan dan kegetiran kehidupan Nadra dpt dijadikan smpadan. Kekuatan semangat Nadra yg pada awalnya masih mempertahanan akidah sbg seorang Muslimah juga patut di puji. Namun, akibat fitnah; kasih seorang isteri kpd suami nya putus jua dan penantian seorang suami berakhir dgn kekecewaan. Segalanya akibat sepucuk surat fitnah! Beginilah dunia… Beginilah kehidupan Nadra di sia2 kan oleh mahkamah; tempat di mana manusia mengharapkan keadilan!!

Tragedi Nadra ttp akan di kenang sbg salah satu peristiwa yg akana tetap segar dlm lipatan sejarah. Nadra juga tetap akan di kenang sbg seorang gadis yg telah Berjaya mencuri perhatian dunia. Semoga kita belajar dari kealpaan masa lalu dan semoga Tuhan mengampuni dosa2 kita.

Kepada kawan2 yg akan menyaksikan teater Natrah.. Selamat Berhibur~~~



Dari Allah kita dtg; Kepada Allah kita kembali.

Sunday, November 22, 2009

Kellies Castle






Salam.. Hari nih saye nak cite pasal istana. Kat Perak ade satu castle, name die Kellies Castle atau Kellas Castle (named after the hometwn of the owner).. Dlm perjalanan aku dan kawan2 ke rumah member utk menikmati musim buah2an yg dh stat ni.. kami telah singgah ke istana lame ni... Wuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwu.. (bunyik seram) Kellies Castle ni dah wujud dari zmn nenek moyang kite.. kalau x silap pd tahun 1900++..x ingatla bile.. tp kire castle nih dah 4 keturunan la... Castle ni di miliki oleh William Kellie Smith berketurunan Scotland.. yg pada waktu tu adalah pemilik kepada Kinta Kellas Estate yg mengusahakan tanaman pokok getah di sekitar Perak. Oleh kerana Si Smith ni dh kaye raye sgt.. maka, dia pun binalah sebuah istana utk anak2 dan isteri dia diami. Besar sungguhla istana ni... Ade 16 bilik kesemuanya... (Hotel ke ape?) 4 tingkat lagik tu... wahhh.... memang kayelaa~ Jadi, nak dijadikan cerita... istana ni di buat utk wife and kids die tetapi wife n kids die x suke duduk di Malaya (name Msia ketika itu) jadi, wife n kids die dah blk ke Scotland dan tinggal di sana. William ni sedih la sebab die buat istana besar2 pun sebab nak soh anak bini die duduk.. tp dah anak bini die x suke sebab istana tuh dlm utan.... (zmn tuh mane ade jalan raye cam hari ni) Maka; pada suatu hari di kala wabak Spanish Flu sdg melanda dunia sewaktu lepas WW1 dlu.. rumah ni x dpt di siapkan sbb pekerja2 die rmi yg mati sbb flu ni.

Makanya; smp hari ni la castle tu x siap... Separuh je siap. Sewaktu Smith mati sebab pneumonia dkt Prtugal, wife n kids die dah lagsong x ambik tahu pasal istana ni dan tros tinggal di Scotland. Jadi, memangla castle nih x siap2 smp ke sudah. Castle ni cantik, dan unik jika di nilai melalui rekabentuknya. Pemiliknya mat Salleh; tp senibina nya ke arah Islamik atau mngkin India.. Mgkn juga ade sumber yg mengatakan Smith in worship goddess of Hinduism, so rekabentuk rumah die jadi macam tu. tp xtau la kan kenapa die buat bentuk macam tu... Hny Tuhan yg tahu..

Maka; sbb istana ni x siap2.. dan ramai yg mati ketika tuh sebab nak siapkan istana ni.. maka ramai la orang2 yg duduk berhampiran castle nih claim yg mereka nampak entiti2 x dikenali di sekitar istana ni.. Ni bukan crite baru; malah ade sesetengah orang akan mengelak laluan d sekitar Kellies Castle ini pd waktu malam kerana cerita2 yg dah popular di kalangan penduduk tempatan ini.

Pergh.. aku nak cite pe sebnanye? Hahahaha mari la tgk gambar Kellies Castle.. aku rase bangunan die cantik... kalau siap lagi cantik.. Gayat kot naik 3 tingkat.. hahahhaa! Enjoyyy...

Attention, Pusat!

Pusat, sile tinggalkan ID YM anda di emel sy..
Sy agak bizi 2,3 hari ini..
Sekian..

Yang Benar;
am

Hehehe~

Thursday, November 12, 2009

Kaum - Kaum Yang Pupus



Entri ini adalah utk menggembirakan hati kawan aku aka pusat.. Hahahahahaha.. Ko bacela review buku ni smp habis.

Buku ini di beli.. erm pd tanggal 280109 (camne ingat?.. aku jenis menulis trkh bile beli buku). Buku ni mengisahkan ttg kaum2 yg dah pupus di bumi Allah ini. Rupa2 nya byk kaum yg telah lupus walaupun pd zmn mereka tu di kira teknologi sudah mendahului zaman. Contohnya, spt apa yg terjadi pada kaum Ad dan uber yg dpanggil atlantis padang pasir pada zmn mereka. Dikatakan kaum Ad ini mempunyai tmaan2 yg begitu cantik di tgh padang pasir, dgn sumber air yg mengairi tanaman mereka. Indah dan cantik sekali, tp akibat keingkaran mereka pada seruan Allah.. Allah melitupkan tempat tinggal mereka dgn pasir sehingga tiada apa pun yg tinggal.

Ap yg menariknya ttg buku ini, ia disertakan sekali dgn pengolahan saintifik serta kajian sejarah yg selari dgn apa yg diberitahu Allah dalam kalamnya, AlQuran. Maha Suci Allah... yg menjadikan siang dan malam. Yg mempunyai segala di langit dan bumi.
Byk perkara yg sy dpt bljr dari buku ini, ttg balasan Allah yg dahulu diberi secara cash kepada kaum2 yg mengingkarinya. Mungkin juga, bencana alam (tsunami) yg terjadi pada hari ini selain dari ujian dari Allah.. adalah peringatan buat kita semua bhw dunia ini hny pinjaman semata2..

Sy juga suka tulisan bandar Pompeii yg musnah di mana sehingga hari ini kita boleh melihat kesan kemusnahannya di sana. Kelihatan batu menyerupai manusia telah keras dgn keadaan yg sungguh memilukan. Lava dari Vesuvius telah menutup segala genap bandar Pompeii sehingga tiada satu nyawa pun yg terselamat. Benarlah kata2 dan undang2 Allah. Jika Dia mengkehendaki, maka jadilah... Mengapa Allah mengadili mereka sedemikian rupa? kerana mereka mengamalkan kehidupan seks bebas di mana Pompeii telah menjadi sarang pelacuran yg terbuka dan terkenal. Masyarakat Pompeii percaya bahawa perlakuan pelacuran dan seks itu perlu ditunjukkan secara terbuka dan terang2an. Jelas sekali melanggar hukum2 Allah.

Dlm buku ini juga ad menyebut mengenai Ashabul Kahfi spt mana dlm Al-Quran; pemuda2 yg tertidur di dlm gua selama beratus2 tahun dan dibangunkan semula. Bagaimana Harun Yahya mengupas garisan masa antara kejadian tersebut dan analisa sejarah utk mengetahui lokasi tempat asal pemuda2 berani ini. Namun; tidak dptlah ad kepastian di situ sekadar ramalan menurut fakta sejarah yg ada. Selain dari buku ini; Astro Oasis juga ad menyiarkan beberapa analisa sejarah dlm bentuk dokumentar ttg Ashabul Kahfi ini; termasuk gua tempat mrk tertidur dan bersembunyi. Jika berminat; bole tgk Astro Oasis.. lebih mudah kiranya dari membaca.. Hehe

Terlanjur bercerita mengenai Astro Oasis; ad juga beberapa episod cerita yg begitu menarik minat sy iaitu Alexander buka Zulkarnain. Namun; tidak dpt memberi ulasn kerana setiap kali sy hny dpt menonton satu episod shj. Hehehe... Namun, sebuah dokumentari yg sgt menarik!! Beberapa hari lepas; sy ad melihat Dokumentari Pengembaraan Palestin 1. Sgt menarik dan ap yg boleh sy katakan wartawan2 hensem dari Msia ini memang sgt berani dan hasil dokumentari ini sgt2 istimewa buat diri sy. Dpt melihat sdr keadaan sempadan Gaza dan Israel memang spt ap yg digambarkan oleh Dr Ang dlm buku tulisannya. Semoga Allah sentiasa bersama rakyat Palestin..... Amin!!

Berbalik kepada buku2 Harun Yahya. Beliau byk menulis ttg teori revolusi dan bagaimana beliau mendeny teori beruk mak yeh Darwin yg saintis2 barat percaya sbg asal usul manusia melalui revolusi. (padahal kalau bace Quran kan senang, beruk tu dari manusia yg tangkap ikan hari Jumaat/Ahad)Bagaimana Harun Yahya menyangkal teori ini melalui Al-Quran dan kajian saintifik amat2 menarik. Beliau telah menulis byk buku ttp yg plg byk adalah mengenai teori revolusi. Satu lagi buku tulisan Harun Yahya yg sy telah baca adalah Rekabentuk Alam Semulajadi. Juga buku yg menarik dgn fakta sains spt inseklopedia ttp berbentuk islamik!! Sgt bagus di baca kanak2 ttp buku nya yg diterjemah ke dlm bahasa melayu agak sukar di fahami. Jika sy; prefer membaca buku ini dlm English mungkin tulisannya lebih baik.

Sekian review buku sy. Selamat membaca!! Masyarakat membaca, masyarakat berilmu~

Sunday, November 1, 2009

Aku Dan Sepasang Kasot


hehe.. tajuk mcm nak wat karangan primary skool je
tp, ade makna.. 1000 makna..
hari ni, aku nak cite pasal sepasang kasot yg byk berjasa pade aku..
yg baru je aku buang hari raye lepas. biarla aku namekan kasot itu.. 'si biru'

si biru ni adelah kasot aku g prep malam waktu kat skola dlu..
aku ade si biru nih waktu f3.. ape yg menarik pasal si biru ni?
haaaaa~
seblum ade si biru.. setiap 6 bulan aku ade kasut prep baru
sbb seblum nih kasut prep aku jenis getah je..yg bli dekat kedai kasot rm3o..
dan kasot prep.. mestila jenis bertutup (rules skool)
so, seblum ade si biru di kala ak f3.. aku ade 4 kasot prep
sume bentuk yg sama, fesyen sama.. harga sama.. of kos..
sbb aku bli yg serupa!! hahahahaha!
(aku beli yg tuh je bile tercabot atau rosak aku bli yg same gak)
so, setelah aku bosan dgn kasot getah ini yg setiap kali hujan gam die mesti tercabot
dan setiap kali jugak hantar cobbler soh jahit bile gam die tercabot
akhirnye, aku meminta pada mak bpk aku belikan sepasang kasot baru
demand... aku nak yg kulit spt kawan aku si A pakai...
die pakai kasot ni jenama Alain Delon (betol ke eja?)
dari f1 smp f2 x penah rosak..
jadi, aku nak serupa itu jugak

makbpk aku mule2 keberatan gak nak blikan yg kulit..
maklumla mahal.. tp aku berkeras nak jugak..
sbb bosan pakai kasut menganga kat depan bile gam tercabot
jd, makbpk aku bawa la ke satu kedai kasot ni..
di situ la.. aku berjumpa si biru.. si biru cantik di atas rak.. pergh!!
tym tuh kasot paling glemer di pakai adalah kasot cikang
atau juga org panggil kasot karipap
si biru nih type2 tuh la.. jenama cine je.. x ingat jenama pe
tp xdela mahal semahal kasot kawan A aku tuh
aku ingat lagik harge kasot tuh.. rm78
mahal tym th aku budak g.. aku tau mahal...
tp, sbb aku berkenan makbpaku blikan jugak..
aku puas ati ade si biru.... tersenyum bangge sambil bawa tido mlm tu

blk je kat skola, ade membe aku si B ternampak kasot baru aku tu
seblom aku ade tny2 kat membe2 pasal harga2 kasot cikang
sbb aku nak bli satu.. tp mostly jawapan mereka.. x tau sbb parents blikan
ungkin aku ade bertny pd si B ini..
B menyatakan rase x puas hati die sbb aku mtk makbpk aku blikan si biru
die kate, nape mtk bli kasot mahal..
aku jawab 'B, kasot aku setiap taun ganti 2x.. aku nak kasot g tahan lame cket'
tp si B cam x puas ati.. die rase aku bli sebab aku nak ikot trend
hahahahahaha!
aku pun cam bengang gak ngan si B ni..
yela, myb die tau fmly aku bukan orang senang
dan aku pun cam melampau mintak kasot kulit dpt lak budak skola je pun
ok la.. si B ade betulnya~

nak di jadikan cerita.. si biru ni aku pakai la
dari sehari ke sehari.. dlm hujan lebat maupun panas terik
tau2 je.. dah 3 tahun aku pakai si biru.. smp la aku habis spm
aku suke si biru, selesa gile pakai die..
pun ade satu ketika, aku outing bermalam dgn sorang gi membe aku si C
tym tu plak hujan.. kasot ni pun ape lagi..
menurunkan kale biru die ke kaki aku.. wpun dah lame pakai
tp kale biru die still turun.. even tym aku f5
hhuhuhuhuuhuhhuh~ kuat betol kale die ni..
maka biru la kaki aku blk ke hotel tmpt parents C menyewa..
habis lecah biru2 toilet die sbb kaki aku yg biru..
hahahahahhaahahahahaha!
si biru dan aku... memang best...
sehinggalah aku stat belajar kat uni.. si biru masih jadi teman aku
ke kelas selalunye.. sbb hari senin n jumaat kene pakai bj kurong
dkt uni dari sem satu hingga sem empat... kalau x silap..
aku masih memakai si biru.. mengharung lopak hujan dan panas terik
sehingga si biru betul2 lunyai..
dan sehingga aku rase khidmat bakti die tdk diperlukan lagi
waktu tu si biru memang dah lunyai... isi dlm tapak die dah lame tercabot
aku pakai jugak sbb aku selesa ngan die
sehinggalah aku beli kasot raya yg baru.. jenama crocodile..
murah je.. standed2 si biru je.. bukan kulit pun, baldu je
tp yg itu, aku pakai hny utk staun dah ia dah rosak..
gam tercabot dan sbgnya.. dan sehingga ke hari ni
aku asyik la bertukar2 kasot.. sebab
1. aku x mampu nak beli yg kulit macam biru
2. ade yg kulit pun cam hampeh.. pakai skejap je dah rosak
3. kualiti si biru tiada tandingan wpun kasot cap ayam je(
handmade tau walau cap ayam!)
4. aku dah jarang pakai kasot bertutup.. skang ni pakai sandel je

jadi itu lah kisah si biru... jika nak kire taun perkhidmaan die
semua skali adalah selama 5 tahun.. berbaloi baloi!!!
harge die, rm78.. dibahagi dgn 5 tahun.. 78/5= rm15.60/tahun
nak di bandingkan jika setaun 2x nak tukar kasot prep..
rm30x2x2=rm120 sepanjang 2 tahun aku tukar kasot kat skola seblom ade si biru
tambah g rm30x2x5= rm300 sepanjang aku pakai si biru smp lunyai
perghhhhhhhhhh!! memang jimat!!
so, smp skang la perangai aku, selagi kasot x putus atau rosak
malas nak bli baru.. pakai smp hancur
(tp nih x apply pade kasot sukan)
sandel pun same.. pakai smp hancur... hahahahahahahahahah!!
so, hopefully aku akan jumpe kasot spt si biru
tahan lame, cantik dan bergaya... serta tidak putus2 mahupun rosak
di tatkala aku membuang si biru pd raye lepas pun, die x rosak
cume dah x selesa di pakai sbb pading dlm dah xde dan kulit nye pun dh garing
kale die pun dah x biru dah.. dah nk jadi putih.. hehehehehe

itulah aku dan si biru
yg smp sekarang tiada ganti lagi.. mungkin satu hari nnt
si biru ade pengganti yg lebih cantik, bergaya dan lebih tahan lama
ape2 pun.. terima kasi si biru.. kerana dah memberi khidmat bakti yg baik
yg sgt2 diperlukan ketika memerlukan..

terima kasih si biru!!!!

Thursday, September 17, 2009

Dari Beirut ke Jerusalem



Dari Beirut ke Jerusalem tulisan Dr. Ang Swee Chai adalah salah sebuah buku yg saya berjaya habiskan dlm bulan yg sudah. Buku ni benar2 membuka mata sy mengenai masyarakat Palestin, siapa itu rejim zionis, apakah itu Israel, di mana letaknya Al-Quds dan pelbagai lagi persoalan yg selama ini timbul tidak terjawab kini jelas di hadapan mata. Walaupun Dr. Swee menulis hny berdasarkan pengalaman dan kajian sendiri, tp sedikit sebanyak dpt memberikan gambaran mengenai kehidupan masyarakat Palestin di Beirut dan sempadan Gaza yg hidup dlm buangan.


Lebih sy kagum lagi, Dr. Swee adalah seorang yg kuat pegangan agama Kristian, tp masih menulis secara telus dan lurus. Tiada satu bab pun di dalam buku ini yg saya berjaya menahan air mata dari mengalir kerana keikhlasan penulisannya sehingga kita dpt merasai penderitaan masyarakat Palestin yg hidup bagaikan tiada hari esok buat mereka. Penyembelihan beramai2 di Sabra dan Shatila amat2 menyedihkan. Hingga terkadang kita tertanya2 mengapakah kita sesama manusia sanggup melakukan bangsa lain sedemikian rupa. Apa yg ada pada warna kulit? Apa istimewanya bangsa kamu melebihi bangsaku? Mengapa kita saudara sesama Muslim sanggup membunuh sesama sendiri akibat tekanan pihak lain? Di mana iman yg menjadi sandaran?


Kini 27 tahun telah berlalu...


Tahun lepas... berlaku sekali lagi pembunuhan beramai2 rejim Zionis ke atas masyarakat Palestin. Ketika itu kembali bangkit api kemarahan masyarakat dunia terhadap rejim ini. Manusia, mudah lupa. Hari ini kita bersemangat menolak produk Loreal, Nestle dan sebagainya kerana pada hemat kita ini seperti membantu para rejim ini membina angkatan tentera mereka melalui wang hasil jualan produk itu. Syubhah.. Tetapi, setelah dunia berhenti melaporkan kekejaman tentera2 ini... kita kembali membeli barangan2 ini. Apa rasionalnya di sebalik boikot memboikot ini? Apa yg akan terjadi kepada masyarakat palestin yg menganyam sulaman tradisional bendera mereka menggunakan wayar2 kabel? anak-anak mereka yg memikul senjata api seawal usia 10 tahun untuk mempertahankan tanah air dan maruah agama dan bangsa? Semuanya TIDAK PASTI...


Spt org lain, sy juga sedia maklum akan keadaan masyarakat Palestin yg hilang kampung halaman akibat penjajahan moden oleh mereka2 yg tidak punya hati dan perasaan. Ketika membaca betapa kejamnya tindakan rejim ini yg sanggup membunuh masyarakat Palestin seakan2 ingin menghapuskan mereka keseluruhannya dari dunia ini. Tp mereka bukan Tuhan, hanya Allah yg dpt menghapuskan sesuatu kaum seperti mana yg telah Dia lakukan kepada kaum Thamud yg menderhakai perintahNya. Allah penjaga sekalian isi alam semesta ini. Saya tertanya2.. bagaimana kita sesama manusia sanggup menghunus senjata, mengecapi kesenangan di muka bumi Tuhan di atas kehancuran orang lain akibat perbuatan kita? Siapa kita hinggakan sanggup mengaku punya hak utk menentukan hidup mati orang lain?


Setelah membaca buku ini, pelbagai pengajaran yg dpt sy kutip. Antara yg sy ingin kongsi bersama adalah:


  1. Rasa kesyukuran di lahirkan di Malaysia, masyarakat penyayang wpun berbilang kaum dan agama, tp masih menghormati perbezaan yg wujud antara kita.
  2. Bukan semua bangsa Yahudi itu kejam, mereka juga manusia.. punya hati dan perasaan. Jika mereka memilih jalan kebenaran (Islam), maka kebenaran yg akan mereka dapat. Yg kejam adalah tentera mereka (pemimpin), yg membuat peraturan itu ini, menjajah negara Palestin, mengoyak maruah bangsa Palestin dan memecah belahkan saudara Islam kita.
  3. Masyarakat Islam antarabangsa perlu bersatu utk memastikan tiada lagi pihak yg menjadi boneka rejim zionis ini.. yg sentiasa mengambil kesempatan ke atas kesilapan dan kesempitan manusia.
  4. Bersatu dlm mempertahankan hak kepunyaan milik kita. Tanah air (msia) milik kita, hari ini bagaikan tidak berharga..adakah hny jika kita sudah menjadi spt rakyat Palestin yg hidup mendamba utk pulang ke kampung halaman baru kita menghargai tanah air kita? sementara kita masih lagi menikmati kehidupan di kampung halaman sdr kita patut menghargai dan bersyukur dan kita patut mempertahankannya wpun dgn titisan darah yg terakhir.
  5. Sama2 lah berdoa semoga rakyat Palestin sentiasa dekat dgn Allah, semoga Allah menjaga mereka dari golongan2 pelampau yg membuat kemungkaran di bumi Allah ini tanpa sempadan.. yg membuat segala macam peraturan yg nenidakkan hak manusia utk hidup sebagai insan, hamba Allah... bukan hamba kepada sesama manusia.
Semoga Allah membuka mata pemimpin dunia utk melihat penderitaan masyarakat Palestin sbg tanggungjawab bersama. Semoga Allah mendatangkan pertolongan kepada masyarakat Palestin dan orang2 yg membantu mereka... semoga suatu hari nnt masyarakat Palestin dpt mencium tanah Al-Quds dan Sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 dgn orang2 yg benar....

Amin.......

Saturday, August 29, 2009

A Note...

Dear readers;

My personal intention in creating this blog is only sharing my personal opinion on things that i had read, view, own, experience and etc. Some stuff might be boring to some people, might be not to others.
Happy viewing!!!