Thursday, September 17, 2009

Dari Beirut ke Jerusalem



Dari Beirut ke Jerusalem tulisan Dr. Ang Swee Chai adalah salah sebuah buku yg saya berjaya habiskan dlm bulan yg sudah. Buku ni benar2 membuka mata sy mengenai masyarakat Palestin, siapa itu rejim zionis, apakah itu Israel, di mana letaknya Al-Quds dan pelbagai lagi persoalan yg selama ini timbul tidak terjawab kini jelas di hadapan mata. Walaupun Dr. Swee menulis hny berdasarkan pengalaman dan kajian sendiri, tp sedikit sebanyak dpt memberikan gambaran mengenai kehidupan masyarakat Palestin di Beirut dan sempadan Gaza yg hidup dlm buangan.


Lebih sy kagum lagi, Dr. Swee adalah seorang yg kuat pegangan agama Kristian, tp masih menulis secara telus dan lurus. Tiada satu bab pun di dalam buku ini yg saya berjaya menahan air mata dari mengalir kerana keikhlasan penulisannya sehingga kita dpt merasai penderitaan masyarakat Palestin yg hidup bagaikan tiada hari esok buat mereka. Penyembelihan beramai2 di Sabra dan Shatila amat2 menyedihkan. Hingga terkadang kita tertanya2 mengapakah kita sesama manusia sanggup melakukan bangsa lain sedemikian rupa. Apa yg ada pada warna kulit? Apa istimewanya bangsa kamu melebihi bangsaku? Mengapa kita saudara sesama Muslim sanggup membunuh sesama sendiri akibat tekanan pihak lain? Di mana iman yg menjadi sandaran?


Kini 27 tahun telah berlalu...


Tahun lepas... berlaku sekali lagi pembunuhan beramai2 rejim Zionis ke atas masyarakat Palestin. Ketika itu kembali bangkit api kemarahan masyarakat dunia terhadap rejim ini. Manusia, mudah lupa. Hari ini kita bersemangat menolak produk Loreal, Nestle dan sebagainya kerana pada hemat kita ini seperti membantu para rejim ini membina angkatan tentera mereka melalui wang hasil jualan produk itu. Syubhah.. Tetapi, setelah dunia berhenti melaporkan kekejaman tentera2 ini... kita kembali membeli barangan2 ini. Apa rasionalnya di sebalik boikot memboikot ini? Apa yg akan terjadi kepada masyarakat palestin yg menganyam sulaman tradisional bendera mereka menggunakan wayar2 kabel? anak-anak mereka yg memikul senjata api seawal usia 10 tahun untuk mempertahankan tanah air dan maruah agama dan bangsa? Semuanya TIDAK PASTI...


Spt org lain, sy juga sedia maklum akan keadaan masyarakat Palestin yg hilang kampung halaman akibat penjajahan moden oleh mereka2 yg tidak punya hati dan perasaan. Ketika membaca betapa kejamnya tindakan rejim ini yg sanggup membunuh masyarakat Palestin seakan2 ingin menghapuskan mereka keseluruhannya dari dunia ini. Tp mereka bukan Tuhan, hanya Allah yg dpt menghapuskan sesuatu kaum seperti mana yg telah Dia lakukan kepada kaum Thamud yg menderhakai perintahNya. Allah penjaga sekalian isi alam semesta ini. Saya tertanya2.. bagaimana kita sesama manusia sanggup menghunus senjata, mengecapi kesenangan di muka bumi Tuhan di atas kehancuran orang lain akibat perbuatan kita? Siapa kita hinggakan sanggup mengaku punya hak utk menentukan hidup mati orang lain?


Setelah membaca buku ini, pelbagai pengajaran yg dpt sy kutip. Antara yg sy ingin kongsi bersama adalah:


  1. Rasa kesyukuran di lahirkan di Malaysia, masyarakat penyayang wpun berbilang kaum dan agama, tp masih menghormati perbezaan yg wujud antara kita.
  2. Bukan semua bangsa Yahudi itu kejam, mereka juga manusia.. punya hati dan perasaan. Jika mereka memilih jalan kebenaran (Islam), maka kebenaran yg akan mereka dapat. Yg kejam adalah tentera mereka (pemimpin), yg membuat peraturan itu ini, menjajah negara Palestin, mengoyak maruah bangsa Palestin dan memecah belahkan saudara Islam kita.
  3. Masyarakat Islam antarabangsa perlu bersatu utk memastikan tiada lagi pihak yg menjadi boneka rejim zionis ini.. yg sentiasa mengambil kesempatan ke atas kesilapan dan kesempitan manusia.
  4. Bersatu dlm mempertahankan hak kepunyaan milik kita. Tanah air (msia) milik kita, hari ini bagaikan tidak berharga..adakah hny jika kita sudah menjadi spt rakyat Palestin yg hidup mendamba utk pulang ke kampung halaman baru kita menghargai tanah air kita? sementara kita masih lagi menikmati kehidupan di kampung halaman sdr kita patut menghargai dan bersyukur dan kita patut mempertahankannya wpun dgn titisan darah yg terakhir.
  5. Sama2 lah berdoa semoga rakyat Palestin sentiasa dekat dgn Allah, semoga Allah menjaga mereka dari golongan2 pelampau yg membuat kemungkaran di bumi Allah ini tanpa sempadan.. yg membuat segala macam peraturan yg nenidakkan hak manusia utk hidup sebagai insan, hamba Allah... bukan hamba kepada sesama manusia.
Semoga Allah membuka mata pemimpin dunia utk melihat penderitaan masyarakat Palestin sbg tanggungjawab bersama. Semoga Allah mendatangkan pertolongan kepada masyarakat Palestin dan orang2 yg membantu mereka... semoga suatu hari nnt masyarakat Palestin dpt mencium tanah Al-Quds dan Sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 dgn orang2 yg benar....

Amin.......