Thursday, November 12, 2009

Kaum - Kaum Yang Pupus



Entri ini adalah utk menggembirakan hati kawan aku aka pusat.. Hahahahahaha.. Ko bacela review buku ni smp habis.

Buku ini di beli.. erm pd tanggal 280109 (camne ingat?.. aku jenis menulis trkh bile beli buku). Buku ni mengisahkan ttg kaum2 yg dah pupus di bumi Allah ini. Rupa2 nya byk kaum yg telah lupus walaupun pd zmn mereka tu di kira teknologi sudah mendahului zaman. Contohnya, spt apa yg terjadi pada kaum Ad dan uber yg dpanggil atlantis padang pasir pada zmn mereka. Dikatakan kaum Ad ini mempunyai tmaan2 yg begitu cantik di tgh padang pasir, dgn sumber air yg mengairi tanaman mereka. Indah dan cantik sekali, tp akibat keingkaran mereka pada seruan Allah.. Allah melitupkan tempat tinggal mereka dgn pasir sehingga tiada apa pun yg tinggal.

Ap yg menariknya ttg buku ini, ia disertakan sekali dgn pengolahan saintifik serta kajian sejarah yg selari dgn apa yg diberitahu Allah dalam kalamnya, AlQuran. Maha Suci Allah... yg menjadikan siang dan malam. Yg mempunyai segala di langit dan bumi.
Byk perkara yg sy dpt bljr dari buku ini, ttg balasan Allah yg dahulu diberi secara cash kepada kaum2 yg mengingkarinya. Mungkin juga, bencana alam (tsunami) yg terjadi pada hari ini selain dari ujian dari Allah.. adalah peringatan buat kita semua bhw dunia ini hny pinjaman semata2..

Sy juga suka tulisan bandar Pompeii yg musnah di mana sehingga hari ini kita boleh melihat kesan kemusnahannya di sana. Kelihatan batu menyerupai manusia telah keras dgn keadaan yg sungguh memilukan. Lava dari Vesuvius telah menutup segala genap bandar Pompeii sehingga tiada satu nyawa pun yg terselamat. Benarlah kata2 dan undang2 Allah. Jika Dia mengkehendaki, maka jadilah... Mengapa Allah mengadili mereka sedemikian rupa? kerana mereka mengamalkan kehidupan seks bebas di mana Pompeii telah menjadi sarang pelacuran yg terbuka dan terkenal. Masyarakat Pompeii percaya bahawa perlakuan pelacuran dan seks itu perlu ditunjukkan secara terbuka dan terang2an. Jelas sekali melanggar hukum2 Allah.

Dlm buku ini juga ad menyebut mengenai Ashabul Kahfi spt mana dlm Al-Quran; pemuda2 yg tertidur di dlm gua selama beratus2 tahun dan dibangunkan semula. Bagaimana Harun Yahya mengupas garisan masa antara kejadian tersebut dan analisa sejarah utk mengetahui lokasi tempat asal pemuda2 berani ini. Namun; tidak dptlah ad kepastian di situ sekadar ramalan menurut fakta sejarah yg ada. Selain dari buku ini; Astro Oasis juga ad menyiarkan beberapa analisa sejarah dlm bentuk dokumentar ttg Ashabul Kahfi ini; termasuk gua tempat mrk tertidur dan bersembunyi. Jika berminat; bole tgk Astro Oasis.. lebih mudah kiranya dari membaca.. Hehe

Terlanjur bercerita mengenai Astro Oasis; ad juga beberapa episod cerita yg begitu menarik minat sy iaitu Alexander buka Zulkarnain. Namun; tidak dpt memberi ulasn kerana setiap kali sy hny dpt menonton satu episod shj. Hehehe... Namun, sebuah dokumentari yg sgt menarik!! Beberapa hari lepas; sy ad melihat Dokumentari Pengembaraan Palestin 1. Sgt menarik dan ap yg boleh sy katakan wartawan2 hensem dari Msia ini memang sgt berani dan hasil dokumentari ini sgt2 istimewa buat diri sy. Dpt melihat sdr keadaan sempadan Gaza dan Israel memang spt ap yg digambarkan oleh Dr Ang dlm buku tulisannya. Semoga Allah sentiasa bersama rakyat Palestin..... Amin!!

Berbalik kepada buku2 Harun Yahya. Beliau byk menulis ttg teori revolusi dan bagaimana beliau mendeny teori beruk mak yeh Darwin yg saintis2 barat percaya sbg asal usul manusia melalui revolusi. (padahal kalau bace Quran kan senang, beruk tu dari manusia yg tangkap ikan hari Jumaat/Ahad)Bagaimana Harun Yahya menyangkal teori ini melalui Al-Quran dan kajian saintifik amat2 menarik. Beliau telah menulis byk buku ttp yg plg byk adalah mengenai teori revolusi. Satu lagi buku tulisan Harun Yahya yg sy telah baca adalah Rekabentuk Alam Semulajadi. Juga buku yg menarik dgn fakta sains spt inseklopedia ttp berbentuk islamik!! Sgt bagus di baca kanak2 ttp buku nya yg diterjemah ke dlm bahasa melayu agak sukar di fahami. Jika sy; prefer membaca buku ini dlm English mungkin tulisannya lebih baik.

Sekian review buku sy. Selamat membaca!! Masyarakat membaca, masyarakat berilmu~

1 comment: