Sempena dgn hari persembahan TEATER NATRAH yg akan berlangsung pd minggu depan... Maka, tibe2 je sy sembangat nak review ttg seorang insan bernama Natrah ni.. (to be truth; sy x pernah tau sape itu Nadra dan kenapa orang beria2 nak wat teater psl dia.. Hehehe.. Bute sejarah!!.. Now dat I know; I want to share them with you) Name betul die Nadra Maarof atau nama Belanda nya Bertha Hertogh (1937 – 2009). Berketurunan Belanda ttp lahir di Tjimahi, Jawa Indonesia; beliau telah berjaya menarik perhatian dunia pd tahun 1950 an dgn kes perebutan hak penjagaan ke atas beliau yg sewaktu itu dlm jagaan Che Aminah. Che Aminah adalah seorang bangsawan Melayu yg kerjaya nya adalah ahli perniagaan yg telah di amanahkan oleh ibu Nadra sdr utk menjaga beliau sewaktu pendudukan Jepun di rantau Asia Tenggara. Che Aminah mmpunyai surat kuasa yg ditandatangani sdr oleh ibu Nadra yg mengatakan Nadra telah diberikan kepada Che Aminah utk di bela tnp pengetahuan bp beliau; seorang tentera Belanda kerana pd waktu itu telah ditangkap oleh Jepun.
Maka; bermula lah episode hidup Nadra sbg gadis Belanda yg mengamalkan cara hidup Melayu ttp berketurunan Belanda. Oleh kerana Jepun telah berjaya menduduki Jawa; che Aminah membawa Nadra pulang ke Terengganu dan menjalani kehidupan sehinggalah usia beliau 13 tahun. Sewaktu dia diserahkan kpd Che Aminah; umurnya baru 5 tahun. Jadi hiduplah Nadra spt budak melayu Muslim yg lain; belajar mengaji, solat dan sbgnya. Ttp; hidup bahagia Che Aminah dan Nadra tidak selamanya; pd suatu hari pd tahun 1950; Nadra dan ibu angkatnya telah d tipu utk dtg ke Singapura; wlhal mereka tidak mengetahui pd waktu itu ibu bapa Nadra telah memfailkan tuntutan hak ke atas Nadra di Mahkamah Tinggi Singapura. Maka bermulalah lembaran baru dlm hidup anak gadis yg tidak bersalah ini dlm perbicaraan yg amat menyedihkan.
Ibu Nadra; Adeline dan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh telah dtg ke Singapura demi memfailkan saman utk mendapatkan semula hak penjagaa ke atas Nadra. Bermula lah episod malang dlm hidup Nadra. Kanak-kanak ini sepatutnya dpt membesar dgn sihat dan gembira jika terus bersama ibu angkatnya Che Aminah. Sy berpendapat begini bukan atas alasan sy sebangsa dgn Che Aminah; ttp atas hakikat Nadra sdr tidak mahu pulang ke pangkuan ibu bapanya yg telah 8 tahun meninggalkannya dan juga atas alasan keluarga Hertogh sdr bukan dari orang yg berkemampuan utk membela Nadra dgn baik. Ttp; naluri seorang ibu tidak dpt ditolak.. yg menjaga dlm kandungan 9 bulan , melahirkan dgn penuh kesengsaraan dan juga sempat membesarkan Nadra selama 5 tahun wpun serba kekurangan. Jika dibandingkan status keluarga Hertogh dengan Che Aminah pd waktu itu; sememangnya jauh berbeza kerana Che Aminah adalah dari golongan bangsawan.. lebih dari berkemampuan utk membela Nadra dgn sempurna manakala keluarga Hertogh hnylah askar berpangkat Srjn kepada tentera Belanda.
Namun; apakan daya... Perbicaraan pertama Nadra telah berjaya dimenangi oleh Che Aminah dlm mahkamah rayuan. Namun; kita ditindas atas kebodohan kita sdr. Pada waktu itu; undang2 tanah melayu masih lagi belum semantap hari ini dan pd waktu itu; Mahkamah Tinggi semuanya di kuasai oleh undang2 British.. maka.. perbicaraaan hendaklah dilakukan atas bidang kuasa undang2 British. Che Aminah yg telah menang perbicaraan dlm mahkamah rayuan merasakan yg Nadra tiak selamat jika terus berada dlm jagaannya. Maka; Che Aminah membuat keputusan menghwinkan Nadra kepada Mansor Adabi; seorang cikgu berumur 22 tahun ketika tu. Nadra; hny 13 tahun... dan sy kira itulah keputusan yg beliau sdr sesali seumur hidup (pd pandangan sy; sbb kalau sy jadi dia memang menyesal x sudah!!) Kerana keputusan itulah; fail perbicaraan Nadra di buka semula oleh kerajaan Belanda atas alasan Nadra masih di bawah umur utk berkahwin. Atr kesilapan lain adalah kerana perkahwinan itu di adakan di Singapura di mana kuasa tertinggi undang2 adalah di bawah civil law British dan juga liputan media yg meluas ttg perkahwinan itu hingga pihak Belanda berjaya menjadikan perkara ini satu isu sehingga memakan diri Che Aminah sdr.
Di sinilah kita; merasa bodoh atas kealpaan dan kelalaian sdr sehingga Nadra menjadi mangsa keadaan. Mengikut civil law pd masa itu; hny mereka yg berumur 18 tahun ke atas boleh berkahwin ttp menurut undang2 Islam seoran remaja yg berumur 13 tahun telah layak kahwin atas persetujuan walinya. Menurut undang2 Belanda pula; hny anak2 di atas umur 16 tahun boleh berkahwin. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Lalu bertembunglah perbezaan budaya, agama dan matlamat pada satu masa. Ini yg menjadikan kisah Nadra mendapat liputan luas dari seluruh dunia. Maka; setelah dibicarakan mengikut undang2 civil; Nadra telah dikembalikan kepada bapanya dan bermulalah epsod malang Nadra sbg anak gadis yg tiada pernah mendapat kebahagiaan akibat dari kealpaan insan bergelar ibu bapa/penjaga. Dr pihak ibu bapa nadrah; pasti menyesal tak berkesudahan apabila anak gadis yg disayangi membesar penuh tekanan sdgkan apa yg di harapkan ialah kasih yg lama terputus dpt terjalin kembali. Buat keluarga Che Aminah selaku penjaga Nadra sepanjang 8 tahun di bumi Malaya ini juga pasti terkilan yg amat sgt atas kealpaan diri maka permata yg di sayangi di rampas kembali oleh pemiliknya. Begitulah kesudahannya... Kasihan Nadra! Dia yg di rebut di mata dunia mengharungi hari dewasanya dgn penuh tekanan; berkahwin kembali di umur 18 tahun hny utk melepaskan diri dr kawalan ketat mrk yg tidak berperasaan, di biarkan menjadi tukang sapu sampah pd umur pertengahan dan ad sumber yg mengatakan dia juga kurang siuman sewaktu meniti hari2 dewasa nya. Sedih! Mugkin ini tdk berlaku jika Nadra di benarkan membuat keputusan sdr di awal usia 13 tahun itu. Namun; itulah kesalan yg tidak berkesudahan...... Sehingga ke akhir usia nya...
Konflik yg berlaku atr Muslim dan Kristian pd ketika itu juga akibat dr propaganda surat khabar yg Straits Times pd masa itu yg menjadikan gambar Nadra sbg caption story surat khabar mereka. Gambar Nadra bersama rahib di dalam gereja telah meniup api kemarahan umat Islam di Singapura, Malaya dan Indonesia sehingga terjadinya tragedi Nadra. Sehingga ad nyawa yg terkorban... kerana fitnah!!! Dan sekali lagi; kerna tragedi ini umat Islam di label sbg pelampau agama walhalnya adalah wajib bg mereka utk menyelamatkan akidah seseorang yg telah di asuh sbg seorang Muslim. Dan dari sini lah bagaimana Malaya sedar utk memperkuatkan undang2 syariah setaraf undang2 civil spy kedua2nya dpt di bicarakan secara lebih adil dan saksama.
9 Julai 2009 adalah hari terakhir Nadra sbg seorang insan di dunia ini. Byk kepayahan dan kegetiran kehidupan Nadra dpt dijadikan smpadan. Kekuatan semangat Nadra yg pada awalnya masih mempertahanan akidah sbg seorang Muslimah juga patut di puji. Namun, akibat fitnah; kasih seorang isteri kpd suami nya putus jua dan penantian seorang suami berakhir dgn kekecewaan. Segalanya akibat sepucuk surat fitnah! Beginilah dunia… Beginilah kehidupan Nadra di sia2 kan oleh mahkamah; tempat di mana manusia mengharapkan keadilan!!
Tragedi Nadra ttp akan di kenang sbg salah satu peristiwa yg akana tetap segar dlm lipatan sejarah. Nadra juga tetap akan di kenang sbg seorang gadis yg telah Berjaya mencuri perhatian dunia. Semoga kita belajar dari kealpaan masa lalu dan semoga Tuhan mengampuni dosa2 kita.
Kepada kawan2 yg akan menyaksikan teater Natrah.. Selamat Berhibur~~~
Dari Allah kita dtg; Kepada Allah kita kembali.
No comments:
Post a Comment